Keria (burung)

Burung jenjang adalah jenis burung dari keluarga Gruidae bercirikan kaki dan leher panjang (yakni jenjang[1]) dalam kumpulan Gruiformes. Terdapat 15 spesies jenis burung ini digolongkan dalam tiga genus iaitu Antigone, Balearica, dan Grus yang mendiami tanah-tanah lembap atau berumput hampir semua benua dunia kecuali Antartika dan Amerika Selatan. Ada daripada spesies-spesies burung jenjang ini yang berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat lain dalam suatu jarak jauh setiap musim.[2]